Pada hari ahad 16hb Ogos yg lalu, PGBJ telah berjaya mengadakan program 'Berjeram di Sg Tembeling'. Aktiviti tersebut bermula seawal jam 6.30 pagi bertolak dari Jerantut ke Jeti Kuala Tahan. Perjalanan menaiki bot dimulakan tepat jam 9.00 pagi dengan menaiki empat buah bot. Antara tempat yang dilalui ialah Nusa Camp, Trenggan, Kg Pagi dan berakhir di Kg Kuala Sat. Perjalanan pergi mengambil masa 3 jam dan terpaksa menempuhi banyak jeram. Sekiranya air di jeram terlalu cetek, kami terpaksa turun untuk menarik bot tersebut. Kami tiba di Kg Kual Sat pada jam 12.00 tengahari dan berehat selama 3 jam. Tepat jam 3 petang kami bertolak pulang dan tiba di jeti Kuala tahan pada jam 6.00 petang. Kami terhibur dengan pemandangan yang indah di sepanjang sungai tersebut. Sungguhpun penat, kami amat berpuas hati dengan pengalaman yang tidak dapat kami lupakan ini.
Semakan Panggilan Temu Duga Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah
(KPLI-SR) Ambilan Jun 2010
-
Salam Sejahtera,Kepada semua pemohon KPLI sekolah rendah ambilan Jun, anda
semua boleh menyemak keputusan panggilan temuduga dengan klik link di
bawah.http...
14 years ago
No comments:
Post a Comment