Sunday, September 20, 2009

Program Ziarah di Aidilfitri


Salam Aildilfitri kepada ahli PGBJ semua,

Sekali lagi PGBJ menjemput ahli sekalian menyertai program ziarah di Aildilfitri. Seperti tahun sebelumnya, program ziarah ini mengajak kita menziarahi rumah sesama ahli secara beramai-ramai. Objektif program ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim sesama ahli.

Hari : Sabtu
Tarikh : 26/09/09

Kepada yang berminat sila hubungi saya untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana perjalanan program ini.
Selamat hari raya Aidilfitri...
Maaf zahir dan batin...

Thursday, September 10, 2009

Program Membayar Zakat Fitrah

PGBJ menyeru agar semua ahlinya membayar zakat fitrah di bulan Ramadhan ini. Ini sesuai dengan tuntutan Islam mewajibkan umatnya membayar zakat sesuai dengan rukun Islam. Bayaran boleh dibuat kepada Amil yang datang ke sekolah. Selain itu ahli juga boleh membayar kepada Amil selepas solat Terawih ataupun selepas Asar di masjid besar berdekatan anda. Kadar zakat pada tahun ini ialah RM 7.00 bersamaan harga segantang baghdad beras.



Wednesday, September 9, 2009

Laporan PGBJ : Majlis Berbuka Puasa

Pada hari sabtu (5/9/09) yang lepas, satu program berbuka puasa telah diadakan. Program ini dihadiri oleh Reza, Sajidah, Yana, Dibah, Syikin dan anak saudaranya. Majlis ini telah diadakan di Darussalam Corner. Sungguhpun tidak ramai yang dapat turut serta, namun majlis tersebut telah berjalan dengan meriahnya. Sekiranya terdapat permintaan, kami akan mengadakan majlis berbuka di luar sekali lagi.

Syikin dan anak saudaranya kusyuk tengok apa entah tu

Inilah antara hidangannya.. ada lagi yg tak sampai ni..

Yana dan Dibah (peace)

Aku dan Sajidah.. Jangan jeles ye Pejo

Cheese...