Monday, August 31, 2009

Program Berbuka Puasa Beramai-ramai



Satu program berbuka puasa beramai-ramai untuk ahli PGBJ akan diadakan pada hujung minggu ini. Dijemput semua ahli PGBJ untuk turut serta bagi memeriahkan majlis tersebut.


Venue : Berbuka puasa di Benteng
Hari : Sabtu
Tarikh : 5/8/09
Waktu : Sebelum berbuka puasa

Kerjasama dari ahli sekalian amat diharapkan bagi melancarkan pengurusan program. Sila beri nama selewatnya tengahari sabtu tersebut. Terima Kasih

Saturday, August 29, 2009

Laporan PGBJ : Shopping Sakan di Kuala Lumpur


Pada hari jumaat (28/8/09) yang lepas, satu program shopping sakan telah berjaya diadakan. Program kali ini disertai oleh Reza, Sajidah, Syikin, Dibah dan adiknya Adila. Walaupun lenguh kaki kerana shopping berjam lamanya di bulan puasa ini, kami sangat berpuas hati. Ini kerana terdapat pelbagai pilihan barangan dengan harga yang murah diperolehi di sana. Diharap program seumpama ini dapat diadakan lagi pada masa hadapan.






Sunday, August 23, 2009

Program Shopping di Kuala Lumpur


Satu program shopping sempena hari raya akan diadakan di Kuala Lumpur. Dijemput semua ahli PGBJ untuk turut serta.


Venue: SOGO, Semua House, Kedai-kedai di Jalan Masjid India, Bazaar raya sepanjang jalan Masjid India, dan Senheng.
Hari : Jumaat
Tarikh : 28/08/09


Tentatif Program:

8.00 am - Berkumpul di stesen teksi Jerantut
8.15 am - Bertolak ke Kuala Lumpur
11.00 am - Tiba di Jalan Masjid India
11.30 am - Shopping di Kompleks SOGO
2.00 pm - Shopping di sekitar Jalan Masjid India
5.00 pm - Bertolak ke kedai makan
7.20 pm - Berbuka puasa bersama-sama
8.00 pm - Shopping LCD TV di Sengheng
9.00 pm - Solat terawih di Genting Sempah
11.30 pm - Tiba di Jerantut


Kerjasama dari ahli sekalian amat diharapkan bagi memastikan kelancaran program.

Tuesday, August 18, 2009

Program Kursus Kahwin Secara Berjemaah



Salam sejahtera kepada rakan PGBJ semua..

Satu program Kursus Kahwin Secara Berjemaah akan diadakan di Jerantut Pahang. Dijemput kepada semua ahli PGBJ yang belum mempunyai sijil tersebut untuk menyertainya.

Tempat : Pejabat Agama Islam Daerah Jerantut
Hari : Sabtu dan Ahad
Tarikh : Akan ditetapkan kemudian (selepas raya)

Buat pengetahuan rakan sekalian, tarikh kursus mestilah di tempah awal bagi mendapatkan tempat; kebiasaannya sebulan awal.

Kepada yang berminat sila beri nama kepada saya untuk mendapatkan tempat selewatnya pada 4hb September 2009. Kerjasama dari anda semua amat diharapkan bagi melancarkan perjalanan program.

Sunday, August 16, 2009

Laporan PGBJ : Meredah Jeram di Sg Tembeling !!!


Pada hari ahad 16hb Ogos yg lalu, PGBJ telah berjaya mengadakan program 'Berjeram di Sg Tembeling'. Aktiviti tersebut bermula seawal jam 6.30 pagi bertolak dari Jerantut ke Jeti Kuala Tahan. Perjalanan menaiki bot dimulakan tepat jam 9.00 pagi dengan menaiki empat buah bot. Antara tempat yang dilalui ialah Nusa Camp, Trenggan, Kg Pagi dan berakhir di Kg Kuala Sat. Perjalanan pergi mengambil masa 3 jam dan terpaksa menempuhi banyak jeram. Sekiranya air di jeram terlalu cetek, kami terpaksa turun untuk menarik bot tersebut. Kami tiba di Kg Kual Sat pada jam 12.00 tengahari dan berehat selama 3 jam. Tepat jam 3 petang kami bertolak pulang dan tiba di jeti Kuala tahan pada jam 6.00 petang. Kami terhibur dengan pemandangan yang indah di sepanjang sungai tersebut. Sungguhpun penat, kami amat berpuas hati dengan pengalaman yang tidak dapat kami lupakan ini.









Monday, August 10, 2009

Program Berjeram di Sg Tembeling


Satu program berjeram di Sg Tembeling akan diadakan pada
Sabtu (15/8/09).
Program menaiki bot akan dimulakan dari Kuala Tahan ke Kg Bantal. Sepanjang laluan tersebut peserta akan melalui beberapa jeram yang memerlukannya turun ke air untuk bersama-sama menolak bot. Peserta juga akan menikmati pemandangan indah disepanjang laluan tersebut. Sudah tentulah pengalaman ini tidak akan dapat dilupakan kelak. Selain itu peserta juga dapat merasai perasaan guru-guru yang berkhidmat di pedalaman yang terpaksa menaiki bot selama 6 jam ke Gusai.



Tuesday, August 4, 2009

Program Pizza Hut di Temerloh


Salam sejahtera kepada rakan PGBJ sekalian..
Sekali lagi kami akan mengadakan program PGBJ pada
Ahad (9/8/09).

Venue : Makan Pizza Hut di Temerloh
Masa : 2.00pm - 4.00 pm
Objektif : Merapatkan silaturrahim sesama ahli


Tentatif Program:

2.00 pm - Berkumpul di Pizza Hut Temerloh
4.00 pm - Bersurai


Kos Program :

Makanan - RM15 seorang
Pengangkutan - Bincang dengan tuan punya kereta


Dijemput semua ahli PGBJ untuk turut serta. Sila sahkan nama selewatnya Jumaat (7/8/09). Kerjasama dari anda amat dialu-alukan demi melancarkan perjalanan program.

Monday, August 3, 2009

Laporan PGBJ : Bukit Teresek bukan halangan !!!


Satu program 'Taman Negara The Return' telah diadakan pada hari ahad 2/8/09. Program kali ini berjaya menghimpunkan lapan orang ahli PGBJ untuk turut serta. Antara yang turut serta dalam program kali ini ialah Reza, Faiz, Faizal, Asmui, Faizul, Dibah, Syikin dan Sajidah. Walaupun program kali ini dikategorikan sebagai lasak dan memenatkan, namun di penghujung program jelas terpancar kepuasan dan kegembiraan di riak wajah mereka. Semoga program-program yang mendatang akan mencapai kejayaan yang lebih daripada ini. Sokongan daripada ahli PGBJ semua amatlah dialu-alukan.